Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Triangular Theory of Love

assalamualaikum semua!
alhamdulillah semua esaimen dah selesai!
skrg ada masa 2 minggu sblm exam
hohoho
okay bukan nak hupdate sal tu pun,
mau hupdate ttg buku ni.


buku ni aku beli di kedai buku Popular.
guna BB1M aka baucer buku.
karya Burhan Sodiq.
aku tertarik dgn tajuk buku dia ni.
kalau kamu x tgk isi kndungan mesti kamu anggap novel kan.
sbnrnya nda.
buku ni sbnrnya mengupas ttg CINTA...

aku suda baca satu bab dlm buku ni.
bab pertama ttg Cinta, Menyapa Siapa Saja.
dlm bab ni dia bgtau la yg cinta ni boleh terjangkit kpd sesiapa saja nda kira pgkt, umur, bangsa dan agama.
kamu tau ka cinta ni ada mcm mcm jenis?
dlm buku ni, menurut Sternberg ada 8 jenis cinta hasil daripada Triangular Theory of Love.
dlm teori ni, dia ckp cinta perlukan 3 komponen yg penting iaitu ; keintiman, ghairah & komitmen.
hasil dr tiga komponen tu maka tercipta la jenis jenis cinta.
  1. Nonlove : xda ghairah, xda keintiman & xda komitmen.
  2. Liking : ada keintiman, xda ghairah & xda komitmen. cth : persahabatan.
  3. Infatuation Love : ada ghairah, xda keintiman & xda komitmen. cth : cinta pndg ptama.
  4. Empty Love : ada komitmen, kurang intim & kurang ghairah. cth : hbgn suami isteri yg xmampu jaga keharmonian rumahtgga dorg. bertahan pun hanya sbb komitmen.
  5. Romantic Love : intim dan ghairah tp kurang komitmen. hubungan intim yg dilalui hnya terbatas perasaan ingin mnikmati fizikal, aman emosi tp xmau diikat oleh ikatan pernikahan.
  6. Companionate Love : ada keintiman & komitmen tp xda ghairah. hubungan suami isteri yg x lagi menjadi ghairah tp saling menguatkan & memberi sokongan.
  7. Fatous Love : ada ghairah & komitmen tp kurg intim. hubungan yg x ada keserasian.
  8. Consumate Love : ada ghairah, keintiman & komitmen. cinta yg SEMPURNA.
okay, tu la lapan jenis cinta yg c Sternberg ckp. jd mana satu cinta kamu? haha

ketika hati belum sedia dipuji kekasih hati,
maka sebaiknya tak perlu ada janji. :3

Wednesday, April 24, 2013

Diskriminasi

assalamualaikum semua...
ari ni aku mau update pasal satu soalan yg sgguh menarik.

"adakah ISLAM mendiskriminasikan perempuan?"

terdapat bbrpa glgn yg tlh mnimbulkan persoalan ini.
mereka seolah-olah ingin memburuk-burukkan agama Islam yg suci ini.
mereka lah yg mnggelar diri mrk sbg 'sister in Islam'
yg mana KONONnya mereka ingin menegakkan hak untuk perempuan
beranggapan ISLAM tidak adil kpd kaum perempuan.

Anggapan mereka ni salah sama sekali,
ISLAM agama yg adil,
buktinya?
biar saya jelaskan satu persatu.

pertama :
golongan ini menentang lelaki untuk berkahwin empat.
mereka juga mahu perempuan diberi hak seperti itu.

 فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ 
maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. (Surah An-Nisa’ : 3)

mmg Allah sudah kurniakan kelebihan ini pd pihak lelaki,
tapi tidakkah mereka sedar
Allah juga telah berikan kelebihan pada perempuan iaitu
perempuan berhak untuk
MENENTUKAN MAS @ BELANJA KAHWIN
berapa ribu atau juta sekalipun
itu hak perempuan untuk tentukan

kedua :
golongan ini menentang kelebihan lelaki dalam pembahagian harta pusaka (faraid)


يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوۡلَـٰدِڪُمۡ‌ۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِ‌ۚ 
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

mmg lelaki mendapat lebih sekiranya pembahagian harta pusaka menggunakan faraid.
tapi mereka lupa
apabila sudah berkahwin nanti
duit perbelanjaan isi rumah WAJIB ditanggung oleh suami
bil letrik, bil air, bil astro, sewa rumah, duit belanja anak-anak, duit brg dapur dsb
semua adalah tanggungan suami
suami HARAM gunakan duit isteri untuk bayar semua perbelanjaan ini
tetapi dibolehkan sekiranya mendapat kebenaran dari isteri
dan suami juga WAJIB penuhi permintaan isteri
kalau isteri mau beli tudung baru
mau beli baju baru
mau beli kasut baru
almaklumlah perempuan
suka beshopping
suka benda2 baru
jadi suami mesti beli apa yg isteri mahu
WAJIB suami beli sekiranya dia berkemampuan untuk beli
jika permintaan isteri melebihi had kemampuan suami maka suami bolehlah tidak memenuhinya.

nampak tak bagaimana Allah sudah berikan kelebihan kpd kedua-dua pihak
Allah itu Maha Adil
ISLAM tidak akan sesekali mendiskriminasikan perempuan
malahan ISLAM melindungi perempuan semasa hidup sehingga mereka mati di dalam kubur
buktinya kain kafan perempuan lebih tebal daripada lelaki
oleh yang demikian
kepada para perempuan,
jgnlah pernah terjentik di hati kecil kamu yg menganggap Allah tidak adil.
sebenarnya kamu sungguh ISTIMEWA

yg baik dtg dr Allah, yg buruk dtg dr kelemahan saya sendiri
sekiranya terdapat mana-mana kesalahan, tolong perbetulkan :D

arumdawo :3






Wednesday, April 10, 2013

Hai Obat Hai Obat

assalamualaikum.
ni mlm update lg
kpd yg rajin baca post2 aku,
d ucapkan terima kasih.
meh aku blnja kamu mkn angin,
ok skrg buka mulut bsar2,
suda?
byk nda angin masuk?
aku blnja tu. :p

ok ok, mlm ni mau ceta sal ilmu baru yg very2 bguna aku dpt masa UB mggu lps.
d IPG ni bila kamu dah sem 3 Pismp so kmu wjib ikut Unit beruniform.
dan aku telah diPILIH okay tuk masuk KRS :p
ramai yg ingt KRS ni tiap kali pjumpaan bljr kawad seja,
disitu kau silap bro,
ingt kami cincai ka? haha
kami pun ada belajar psl perubatan sgala okay,
tradisional lagi, kau ado?
takda. so duk diam2 baca post aku smpai abis. haha

perubatan tradisional
1) Rumput Kemili
ubat untuk bisul - makan 7 bunga dia shj. bunga dia yg wrna putih tu.
makan dgn pisang supaya sng mau telan.
insya-Allah bisul bole hlg. :)


2) Pokok Susu Nabi
ubat untuk bengkak sendi - tumbuk dan tampal di bhgian yg bgkak dgn kain.
ubat untuk ibu yg xda air susu - rebus buat ulam then minum.
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)


3) Pokok Dukung Anak
ada 2 jenis ;
batang merah untuk ubat cirit birit,
rebus akar dia then minum.
juga ubat untuk kencing x lawas,
rebus semua atau akar pun bole then minum.
batang hijau untuk ubat demam kuning.
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)




4) Rumput Butbut
ubat untuk seliuh atau begkak sendi - tumbuk dan campur dgn minyak masak
tampal di tmpt yg bgkak.
insya-Allah bengkak boleh hilang. :)



5) Pokok Palas
ubat untuk wanita yang ada mslh dgn haid (haid nonstop) - panggang dan makan.
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)



6) Rumput Lidah Ular
ubat untuk buang panas.
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)




7) Lalang & tebu
ubat untuk demam panas - rebus
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)


8) Daun Maman Hantu
ubat untuk hilangkan gatal di muka - campur dgn bedak sejuk
insya-Allah gatal boleh hilang. :)



9) Kepayas @ betik
ubat untuk buka duri - ambik getah dia letak di tmpt yg bduri
insya-Allah duri boleh keluar. :)


10) Bunga Raya
ubat untuk demam - ramas daun dlm air then letak d kepala bsama tuala
insya-Allah demam boleh surut. :)



11) Ganda Rusa
ubat untuk patah - tumbuk & campur dg cuka
tampal di tmpt yg pth & bgkus selama 3 hari
insya-Allah boleh sembuh. :)




12) Kelompang air @ sirih cina
ubat untuk mslh mata - rebus dan minum
insya-Allah mata boleh sembuh. :)





13) Saga buana
ubat untuk penyakit kulit - tumbuk & sapu d kulit yg bpnyakit
insya-Allah kulit boleh sembuh. :)




14) Sirih
ubat untuk hidung berdarah (panas dlm) - masukkan dalam hidung & jgn dongak ke atas
insya-Allah darah berhenti. :)




15) Pokok senai
ubat untuk pendarahan dalaman - ambil daun segenggam, potong hujung, masukkan dalam blender, tambah air, tapis (ambil air shj), tambah garam sikit & minum.
insya-Allah boleh sembuh. :)




16) Serai acheh
ubat untuk sakit sendi lepas bersalin - rebus kemudian mandi
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)



17) Buah mahkota dewa
ubat untuk gout - jemur, rendam dalam air panas & minum
insya-Allah sakit boleh sembuh. :)


Pokok mahkota dewa
Buah yg telah dipotong-potong kecil

okay, setakat itu perkongsian pada kali ini,
moga bermanfaat tuk semuaaa :)
yg baik dtg dr Allah, yg buruk dr kelemahan sy.
sy tgglkan anda smua dgn gmbr ini
Pisang tujuh jantung. Subhanallah

Friday, September 9, 2011

Kalau Ku Tahu

alohaa..
hola guys...assalamualaikum...:)
saja2 update..
sibuk beraya doh~
nak share satu lagi karya agung pensyarah ak..




KALAU KU TAHU

Kalau ku tahu air laut ini masin
Takkan ku tabur segunung garam di lautan
Kalau ku tahu pasir ini bersinar
Takkan ku gosok kekaca yang pudar
Kalau ku tahu bumi ini bertuah
Takkan ku pijak langit nan merah
Kalau ku tahu kemboja ini indah
Takkan ku tanam tulip di lembah
Kalau ku tahu Tuah itu gagah
Takkan ku sanjung Robinhood disanggah.

Hakikatnya...
Manusia suka bermain kekalau di nokta kata
Mengimpi laba si Lebai Malang tika menongkah pasang
Atau mencari keriangan Pak Kaduk tika kampung tergadai
Atau menghampar impian Mat Jenin tika di puncak kelapa
Lalu mengimbau ‘nasionalisme kalau’ tika nasi merdeka hangit di rentung periuk negara
Sedang kunci gemilang nusa hilang dalam gengaman
Dek pudarnya perpaduan di warna patriotik bangsa.

Ismail Ag. Piut
IPG Kampus Tuanku Bainon,
Bukit Mertajam, P.Pinang,
20 Oktober 2009



amacam?
ada baik ka? hehe
bez kan..
ohh ya.
ak mau update sal topik raya...
tp nanti2 la ek..
babai...
c u soon~~~

Wednesday, August 24, 2011

bizi weh~~~


hai blogger.
skjp jak ne.
sibuk. byk kkp mau d submit.-takanan-
mau share satu sajak ja.
dis is bez bro!
seronok2 ak cari maklumat tuk report bi ak..
ak TERbaca sajak yg dicipta oleh lect ak ne.
please read.
TEMBUSU KENT I (1951-1963)
Saat ribut salji mendobrak Kinabalu
bersama gigil dinihari
Seekor kelawar putih menabur biji jingga Manggatalmu
di kaki tamu Tuaran lewat subuh 1951
lalu memahat ‘Kent College’ di perdumu
yang berfitur British Crown Colony 1952.

Pagi itu, 22 pucuk pilinmu berdendang ‘Guru ABC’ 
dalam irama balad Mr. Gidney, Winders, dan Alman 
sambil meningkah tari ‘Asas Tani’ 
di lumpur berbaur ‘pecah dan perintah’.

Lantas, gugus hijaumu di hujung dahan mengembang 
dek elaun RM8 dan persalinan percuma. 
Sedang 14 akar kuliahmu 
menyerap adrenalina jati bangsa 
di gersang warga terdidik.
Dan rantingmu menguntum puspa putih kuning
Suhaibun Yusuf, Mursidi Nambi, Zaini Mohd Isa, Abdul Ghani Mandar, R.M Jasni, Chee Pui Ngoh dan Sium Diau 
dalam wangi nafas gemilang bumi bertuah. 

Sesekali kemilau aneka sandiwaramu 
memukau mata kemanusiaan di Jesselton. 
Sesekali gerutu kulitmu menjadi permaidani buai 
halimunan teruja di lembayung senja.
Sesekali lintas harummu bersulamkan melur Cina dan 6 cempaka Brunei 
yang bertandang dan menghilang bersama puput Borneo.

Tembusu Kent…
Meski sunti pohonmu mengusia 12
Namun namamu teratas 
di awan sulung guru kepulauan Borneo 
Dan kelat teras kuningmu 
penawar pungguk rindukan pembangunan
Meski dahan kursusmu hanya bercabang 5
Namun alur rantingnya berwarna Melayu, Inggeris, dan Cina.

Kami tahu
Walau mentari keguruan 
masih sujud di kaki tangga
Walau Kinabalu Magazine 
memanggilmu ‘Istana Bukit Kecil di daerah kecil’
Namun kau akan tetap 
membanir watan modal insan
Namun kau akan tetap 
menunjang inti tarbiah ihsaniah dan insaniah
dalam rengkuhan api El Nino esok
dalam rengkuhan badai La Nina lusa
dalam rengkuhan buta malam tulat
Untuk kau dewasa dalam khatulistiwa mimpi nusa 
selamanya.

Ismail Ag Piut
JKS IPGKKent
Oktober 18, 2010


amacam?
molek dok?hehe
ak respect la lect ak ne.
ak pun ada jga angan2 mau bermadah pujangga ne.
tapi apakan daya.
nda berbakat bha.
bha. tu jak mau d share.
mau smbung buat kkp.
babai.


Wednesday, August 17, 2011

SYUKUR DAN KUFUR NI’MAT: KISAH SI KUSTA, SI BOTAK, DAN SI BUTA.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ada tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang penderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang buta. Allah ingin menguji mereka bertiga, maka diutuslah kepada mereka seorang Malaikat. Pertamanya datanglah Malaikat itu kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?’ Ia menjawab, “Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang-orang ini hilang dari tubuhku.” Maka diusap-usapnya kulit penderita sakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritanya, serta diberilah ia rupa yang elok dan kulit yang indah.
Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Unta atau sapi.” Maka diberilah ia seekor unta yang bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan unta ini.”
Kemudian Malaikat itu mendatangi orang berkepala botak dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Rambut yang indah yang hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang-orang.” Saat Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Sapi atau unta.” Maka diberilah ia seekor sapi bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan sapi ini.”
Selanjutnya Malaikat tadi mendatangi si buta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Semoga Allah berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.’ Maka diusap-usapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh Allah penglihatannya. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu, kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Kambing.” Maka diberilah seekor kambing bunting kepadanya.
Waktu berselang, maka berkembang biaklah unta, sapi dan kambing tersebut, sehingga orang pertama mempunyai selembah unta, orang kedua mempunyai selembah sapi, dan orang ketiga mempunyai selembah kambing.
Dengan perintah Allah datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dan berkata, “Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.” Tetapi dijawab, “Hak-hak (tanggunganku) banyak.”
Malaikat yang menyerupai orang penderita sakit kusta itu pun berkata kepadanya, “Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang-orang jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu Allah memberi kamu kekayaan?’ Dia malah menjawab, “Sungguh, harta kekayaan ini hanyalah aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat.” Maka Malaikat itu berkata kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu.” Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta Allah mengembalikan penyakitnya dulu semula dan segala kekayaannya lenyap.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya berkepala botak, dan berkata kepadanya seperti yang dia katakan kepada orang yang pernah menderita sakit kusta. Namun ia ditolaknya sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu. Maka berkatalah Malaikat yang menyerupai dirinya itu kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu.” Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga Allah mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.
Akhirnya, Malaikat tadi mendatangi pula orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya pula, dan berkatalah kepadanya, “Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.”
Orang itu menjawab, “Sungguh, dahulu aku buta, lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi Allah, sekarang ini aku tidak akan mempersulit kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana Allah.” Malaikat yang menyerupai orang buta itupun berkata, “Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh Allah. Allah telah redha kepada kamu, dan murka kepada kedua teman kamu.”
Hikmah: Tiga orang dalam hadith di atas mewakili dua contoh yang berbeza, seorang sebagai contoh orang yang bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah dan dua orang yang kufur akan nikmat~Nya. Dengan syukur, nikmat akan terjaga dan jika kufur maka nikmat akan lenyap dan terangkat.
Sumber: Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ahadisil Anbiya’, bab hadis tentang orang berpenyakit kusta, orang buta dan orang botak Bani Israil (6/500 no. 3464). Dan Bukhari menyebutkannya secara ringkas sebagai penguat dalam Kitabul Iman wan Nudzur, (11/540), no. 6653. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dalam Kitabuz Zuhd war Raqaiq, (4/2275), no. 2964. Hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim An-Nawawi, 18/398.

~d copy paste dari sini~

Monday, August 8, 2011

Tazkirah Ramadhan.


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.


Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
 1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) 
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam. 
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. 
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278) 
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

sumber >>>klik sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...