Showing posts with label my talent :p. Show all posts
Showing posts with label my talent :p. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Puasa

assalamualaikum....
karya baru sempena Ramadhan..
tlg komen untuk penambahbaikan..
terima kasih sudi baca :)

Puasakah kita
Bilamana mulut tak dipelihara
Puasakah kita
Bilamana mata tak dijaga

Puasakah kita  
Sedangkan telinga mendengar kemungkaran
Puasakah kita
Sedangkan hati tak timbul keikhlasan

Tahukah kita
Erti sebenarnya puasa
Sadarkah kita
Tujuan sebenarnya puasa

Puasa mengajar kita erti kesabaran
Puasa mengajar kita erti keikhlasan
Puasa mengajar kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan
Puasa mengajar kita mendekatkan diri pada Tuhan

Berpuasalah untuk mendapatkan keredhaan
Agar puasa kita bukan sekadar dahaga dan kelaparan
Nescaya Ramadhan pergi meninggalkan kesan
Kelak mendapat ganjaran di sisi Tuhan

gambar hiasan

Friday, June 28, 2013

Hidup

Bolehkah kita hidup jika tiada yang memuji

Bolehkah kita hidup jika semua memaki

Bolehkah kita hidup jika saling membenci

Bolehkah kita hidup jika tidak dikasihi

Bolehkah kita hidup jika sentiasa berhasad dengki

Bolehkah kita hidup jika sering dibuli

Bolehkah kita hidup jika terlalu meninggi diri

Bolehkah kita hidup jika hanya menyendiri

Bolehkah kita hidup jika tak punya harga diri

Bolehkah kita hidup jika tiada Tuhan di hati?


*minta jasa baik saudara semua untuk sedekahkan alfatihah kepada arwah saudara saya yg telah kembali kpd penciptanya sebentar sahaja tadi. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. amin.

Gambar hiasan

Sunday, April 7, 2013

Esaimen vs Holiday. & Holiday win !

assalamualaikum,
kum apa kumbet,
kumbet tu apa ar?
kimbet aku tau la. hahaha
okay, mau post psl memes baru sja,
baru bwat ok,
fresh dr ladang.
so, enjoy ...

bak kata Gary seteressss~ssss
esaimen aku 3 lg x siap,
dan dan dan,
mau hntr esok !
kau rasa x apa yg aku rasa?
rasa oren kan?
kalau ko rasa kita mmg pren la.
haha
apapun, bwat ssuatu tu biar IKHLAS org bilanggg,
baru la ada barakah disitu~
ehh ikhlas kaa?? sangat ~~~
okay, c you later readers.
luv u all
nah (muah) amik sorg satu :p

Tuesday, April 2, 2013

Forever Alone

holla semua..
assalamualaikum..
malam ni mau update lg..
update blog rajin, bwat esaimen malas. apala kau ni. haha
mlm ni update pasal memes lg..
memes ni ragecomic tu la..
hehe
kali ni ceta aku sndiri
TRUE story okayy..
so enjoy..
:)

kamu paam ceta dia???
kalau kamu nda paam mknanya kamu nda penah FOREVER ALONE.
haha
aku slalu bgini ni.. :)

*perut kenyang makan roti canai. oh esaimen siap la bha kau sendiri. haha

Monday, April 1, 2013

1st ragecomic



assalamualaikum semua,
malam ni mau update tentang satu lg keminatan aku dulu,
RAGECOMIC.
kamu tau apa tu?
alaaa, kamu slalu baca tu Sabahan Troll kann?
itu la bha tu..hehe
mula2 aku xda idea tuk bwat ni benda,
then ada sorg senior aku post pasal ceta d bwh ni la,
so ni adalah ceta dia k,
aku cuma zahirkan dlm bntuk komik. :)
so enjoy .....



*kamu paam bha kan jln ceta dia? hehe

Saturday, March 30, 2013

Belajar, Diajar & Mengajar

Kalau dulu aku duduk di kerusi itu,
Mendengar segala ajaran dari guru,
Belajar segala pengetahuan dan ilmu,
Yang penting dan berguna tuk diriku.

Kalau dulu aku diajar teman,
Tentang apa itu kehidupan,
Kehidupan yang penuh dugaan,
Dugaan yang memantapkan iman.

Namun kini aku dihadapan,
Mengajar tentang erti kehidupan,
Kehidupan yang boleh memusnahkan,
Sekiranya tiada pegangan.

Tapi aku juga tidak berhenti belajar,
Aku juga tidak berhenti diajar,
Kerna ilmu itu sungguh sukar,
Apabila tidak diamal ia akan beredar.

Oleh itu hargailah ilmu,
Tetapkan dalam dirimu,
Tuntulah ilmu tanpa jemu,
Kelak cerah masa depanmu.




Thursday, March 28, 2013

Facebook oh Facebook !

Terjaga ku dari lena,
Lantas ku buka komputer riba,
Alasannya untuk membuka facebook ku saja,
Melihat notification ada atau tiada.

Kemudian ku lihat jam pukul lima,
Ku bergegas mengambil  wudhu tuk berjumpa denganNya,
Selesai tanggungjawab sebagai hamba,
Kemudian  ku capai lagi komputer riba.

Kali ini ada notification untuk ku buka,
Ku lihat rakan ku post selamat pagi semua,
Ramai yang like tandanya suka,
Aku pun melakukan perkara yang sama.

Kemudian aku berfikir tuk seketika,
Apakah tujuan sebenar akaun facebook ku reka,
Adakah untuk berkenalan sahaja.
Atau untuk mengada ngada.

Daripada aku membuang masa,
Ku capai kerja kursus ku yang belum selesai sepenuhnya,
Tidak sampai setengah jam ku rasa,
Syaitan pun membisik ke telinga,
Untuk membuka facebook ku semula.
Kali ini ada yang menyapa,
Bertanya tentang diriku siapa,
Pada mulanya ku tak kenal dia,
Rupanya dia teman sekolah lama.

Lalu mulalah kami berbicara,
Bicara tentang kisah lama,
Sehingga ku lupa tentang tugasan ku yang telah terbuka,
Ku tangguh ia untuk esok lusa.

Lalu ku klik icon home facebook ku,
Untuk melihat newsfeed terbaru,
Ku lihat ramai yang mengadu,
Mengadu tentang masalah keluarga dan individu.

Ada juga mereka yang share tentang agama,
Membuat diriku insaf seketika,
Tersedar aku dari leka,
Ku pohon ampun pada yang Esa.

Ada juga yang membuat ku berdosa,
Dengan melihat gambar-gambar mereka,
Yang tidak menurut perintah Maha kuasa,
Untuk menutup aurat agar maruah terjaga,
Tidakkah mereka kenal erti dosa,
Yang boleh mencampakkan mereka ke neraka.
Nauzubillah agar bukan kita,
Yang tergolong dalam kalangan mereka.

Sedarlah wahai teman semua
Gunalah facebook berpada pada
Jangan sehingga membuatkan kita alpa
Alpa dan leka sehingga hati buta

Oleh itu ku berpesan pada diri dan semua,
Biar selalu online di alam maya,
Tapi jangan offline kepada pencipta,
Kelak nanti kau yang merana.

*add me :)


Wednesday, March 27, 2013

Sendiri

Ku lihat ke kanan,
Ramai anak muda yang berpacaran.
Ku pandang ke kiri,
Pasangan suami isteri tak berhenti memuji.
Ku toleh ke belakang,
Terserlah kebahagiaan keluarga penyayang.
Ku paling ke hadapan,
Hanya ada jalan kosong tiada yang berjalan,
Seperti aku yang bersendirian,
Tiada berteman.

Aku terus berjalan,
Berjalan tanpa ada arah tujuan,
Sedangku melangkah dengan bosan,
Ku dibasahi dengan titisan hujan,
Maka terciptalah ombak di tengah daratan,
Namun hujan itu rahmat dari Tuhan,
Malangnya memberikan hati kesedihan,
Aku menangis keseorangan,
Lantas terlintas di lubuk fikiran,
Masih adakah yang sudi berteman?
Berteman ikhlas bersandarkan perasaan,
Bukan kerna punya sebab dan alasan.

Syukur Tuhan beriku kekuatan,
Kekuatan tuk meneruskan perjalanan,
Lalu ku pasang radio sebagai peneman,
Teman untuk ubati kesepian,
Namun yang ku dapat hanyalah kesedihan,
Bila radio mengumandangkan lagu perpisahan,
Adakah ini ujian dari Tuhan?
Untuk menguji ketahanan,
Untuk menguji kecekalan,
Lalu muncul satu persoalan,
Sampai bila aku dapat bertahan?

*ditulis ketika memandu dalam hujan. :)


Tuesday, March 26, 2013

Teman

Teman,
Bangunkan aku apabila ku jatuh,
Gembirakan aku apabila ku sedih,
Hiburkan aku apabila ku menangis,
Temani aku apabila ku sepi,
Pimpin aku apabila ku sesat,
Dorong aku apabila ku penat,
Ubati aku apabila ku sakit,
Nasihati aku apabila ku lalai,
Tegur aku apabila ku salah,
Dekati aku apabila ku jauh,
Kejutkan aku apabila ku terleka,
Maafkan aku apabila ku bersalah,
Kenang aku apabila ku pergi,
Doakan aku apabila ku mati.

Itulah dirimu teman sejati.



Monday, March 25, 2013

Pesanku

Jangan kau percaya kata-kata mat jenin
Kelak kau hidup dalam angan-angan
Jangan kau contohi perangai si tanggang
Kelak kau disambar api neraka
Jangan kau ikut pendapat pak pandir
Kelak kau menyesal tiada berguna

Jadilah kau seperti sang burung
Walau bebas terbang tapi tak lupa balik ke sarang
Jadilah kau seperti sang semut
Walau kecil tapi tak kenal erti penat

Hiduplah kau dengan pesan ibu bapa
Kelak kau jadi anak yang berguna
Hiduplah kau dengan nasihat guru
Kelak kau jadi murid yang berjaya
Hiduplah kau dengan Al-quran dan sunnah
Kelak kau takkan sesat untuk selamanya





Sunday, March 24, 2013

Perjalanan

Perjalanan ini…
Mengapa sungguh banyak durinya
Duri yang menusuk ke hati nurani
Pernahkah  engkau alami sakitnya?

Kadang ku rapuh kerna kesakitan
Sakit ku alami ku tanggung keseorangan
Kadang ku letih kerna kebosanan
Bosan dengan sandiwara perasaan
Perasaan yang seringkali dipermainkan
Adakah ia sungguh menyeronokkan?
Seronok sehingga pergi meninggalkan
Kau pergi tanpa pesanan
Alasan kau beri sungguh memedihkan
Lidah ku kelu tanpa perkataan
Kata apa yang perlu ku ungkapkan
Hanya ungkapan kata perpisahan.

Kini,
Aku ingin buktikan
Tiada guna perasaan ini ku simpan
Biar aku keseorangan
Tetapi ku tahu ku ada Tuhan



Esok.

assalamualaikum....
slmt pagi semua..

memandangkan aku bgun awal
jd tetiba pula ilham msuk pigi otak
jadi kamu baca la ni ar..

Jika hari ini langit cerah
Mungkin esok hujan mencurah
Jika hari ini aman sentosa
Mungkin esok ditimpa bencana
Jika hari ini kita gembira
Mungkin esok kita berduka
Jika hari ini kita berjasa
Mungkin esok kita dilupa
Jika hari ini kita tertawa
Mungkin esok kita berair mata
Jika hari ini kita bergurau senda
Mungkin esok kita bersengketa
Jika hari ini kita berteman
Mungkin esok kita keseorangan
Jika hari ini hati berbunga
Mungkin esok hati bergelora
Jika hari ini kita bernyawa
Mungkin esok kita tiada

ok tak? :)


Saturday, March 23, 2013

I'm BACK !

holla
lama x ketemu.......
stlh lama x katik2 keyboard tuk tulis entry d blog ni,
akhirnyaa aku kembali! haha

memandangkan skrg kami cuti seminggu,
jd aku kan cuba tuk mghasilkan karya2 yg tcetus dr kepala otak aku ni..
so, td aku tlh cuba tuk menulis,
and here is the result :

 ADAKAH JAWAPANNYA

Lautan ini adakah penghujungnya
Jalan ini adakah simpangnya
Langit ini adakah cerahnya
Suria ini adakah sinarnya

Derita ini adakah penamatnya
Sepi ini adakah penemannya
Sedih ini adakah penghiburnya
Tangis ini adakah tawanya

Diri ini adakah temannya
Hati ini adakah penghuninya
Luka ini adakah ubatnya
Sayang ini adakah ikhlasnya
Cinta ini adakah bahagianya
Rindu ini adakah balasannya

Dosa ini adakah ampunNya
Taubat ini adakah diterimaNya



Monday, April 2, 2012

photoshop..photoshop..dan photoshop

Assalamualaikum semua..
mlm ne memandangkan da free ckit, 
so aku mau update la blog aku yg jrg2 d kunjungi org neh..haha

becerita ttg photoshop, mesti kita terdetik tentang seseorg yg ada skill utk meng'edit' gmbr.
aku tak la campin tp ak kdg2 minat jga mau edit2 ne...hehe
so, ak pun cuba tuk try test la mggunakan photoshop ne..
ni laa hasil ptama aku..


amacam? ok tak??? hehe..tuk permulaan kira ok la kan..hehe..
then ak try2 lg edit2 gmbr..
ne hasil kdua..

teka sepa pempuan tuh?
cewek aku??haha bukan laa
tu kan Raja Farah..
ne slh satu adegan dalam filem "aku masih dara"
adegan dia bckp dgn ashraf muslim..hehe

kemudian, rasa seronok pula..
aku pun edit la lg...

yg ne teruk skit..nmpk sgt editnya..haha
tp ada aku kisah?
yg ne dlm filem "ayat-ayat cinta"
taim c aisyah mau kluar dari rumah tp c fahri halang..hehe

yg ne pla sama jga teruk dia, haha
tp lg sekali ada ku kisah? hahaha
yg ne dlm filem nur kasih..hehe
taim c adam dgn nur mau p pokok tmpt dorg slalu dating..

ne pla mmg gmbr oringinal aku..
x dpndhkan ke mana2 pun..hehe
d ambil d msjid tuaran lepas solat jumaat..
just kasi blur psekitaran dia sja..

yg ne taim program di dewan Tun IPG Kent..
taim program raya..
mcm mngis pla aku tuh kan..haha


dan ini yg terkini..hehe
amacam semat tak??? :P

Thursday, September 29, 2011

Rintihan Hati

kadangkala diri ini merasa tidak layak untuknya
apabila dosa-dosa lama menyergah ke lubuk ingatan
dosa yang ku lakukan tanpa mengingati balasan tuhan
adakah diri yang kotor ini berhak untuk menjaga kesucian?

bukan kerana tidak sayang
bukan kerana tidak cinta
tapi kerana itulah aku menghindar
sebelum aku terlajak merosakkan
biarlah dia mencari yang lebih layak menjaga kesucian
sepertimana Allah berfirman :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik
aku bukanlah adam yang mulia
aku adalah adam yang hina
yang selalu mengikut telunjuk nafsu
kerana iman yang kerdil di jiwa

aku tak bisa membahagiakan
aku juga tak bisa menggembirakan
aku hanya tahu menyedihkan
apa gunanya aku jika ketika kesedihan menyelubungi aku menghilang

aku tak ingin meminta perpisahan
kerna aku masih sayang
namun apabila hanya ada kesedihan
pergilah engkau mencari kegembiraan

aku bukan adam yang mulia
aku hanya adam yang hina
adam yang hina
adam yang hina

jika kau masih ingin bersama
janganlah membuat aku bersalah
tapi jika ingin berpisah
selamat tinggal dan maafkanlah



hasil nukilan : adam terhina... :')

Monday, August 15, 2011

Aku siapa.

Aku bukanlah siapa-siapa,
hanya seorang insan yang mencari diri sendiri,
mencari diri di dunia yang gelap gelita.

Kadangkala ku hanyut di lautan kealpaan,
alpa dengan kenikmatan dunia,
yang entah bila akan tiba masanya,
kita semua kan pergi jua.

Kadangkala hadir duka di jiwa,
bilamana diri diperkecilkan meraka,
diri yang banyak kekhilafan,
tapi, persetankan mereka,
tiada siapa yang sempurna,
seperti aku insan biasa.

Kadangkala dirasuk perasaan amarah,
yang datangnya entah dari mana,
mungkin kerna emosi melanda,
atau kerna cemburu di jiwa.

Namun kini ku telah sadar,
aku perlu meneruskan pencarian,
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,
agar aku tidak tersasar dari jalan-Nya,
jalan yang akan membawaku ke syurga,
ke kehidupan yang kekal abadi di sana.

*hasil karya last minit tuk kerja Puan Linah Baguh...men hentam jak..hahaha



Saturday, June 25, 2011

Selamat Pagi Cinta




Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong
Aku terus bosan & tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
Jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai
Warna ku rindu jiwaku biru
Menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
Umpama lampu yang berbunyi hitam
Lalu menunggu aku terus

Kini malam tiba lagi kerna ditinggalkan cahaya matahari
Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
Seperti mahu saja aku mengejar
Gunung yang besarnya tidak terdakap
Seperti itu jugalah rindu aku pada mu
Kini harus aku terus menunggu
Atau hilang saja aku di lautan yang luas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...