Wednesday, April 24, 2013

Diskriminasi

assalamualaikum semua...
ari ni aku mau update pasal satu soalan yg sgguh menarik.

"adakah ISLAM mendiskriminasikan perempuan?"

terdapat bbrpa glgn yg tlh mnimbulkan persoalan ini.
mereka seolah-olah ingin memburuk-burukkan agama Islam yg suci ini.
mereka lah yg mnggelar diri mrk sbg 'sister in Islam'
yg mana KONONnya mereka ingin menegakkan hak untuk perempuan
beranggapan ISLAM tidak adil kpd kaum perempuan.

Anggapan mereka ni salah sama sekali,
ISLAM agama yg adil,
buktinya?
biar saya jelaskan satu persatu.

pertama :
golongan ini menentang lelaki untuk berkahwin empat.
mereka juga mahu perempuan diberi hak seperti itu.

 فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ 
maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. (Surah An-Nisa’ : 3)

mmg Allah sudah kurniakan kelebihan ini pd pihak lelaki,
tapi tidakkah mereka sedar
Allah juga telah berikan kelebihan pada perempuan iaitu
perempuan berhak untuk
MENENTUKAN MAS @ BELANJA KAHWIN
berapa ribu atau juta sekalipun
itu hak perempuan untuk tentukan

kedua :
golongan ini menentang kelebihan lelaki dalam pembahagian harta pusaka (faraid)


يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوۡلَـٰدِڪُمۡ‌ۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِ‌ۚ 
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

mmg lelaki mendapat lebih sekiranya pembahagian harta pusaka menggunakan faraid.
tapi mereka lupa
apabila sudah berkahwin nanti
duit perbelanjaan isi rumah WAJIB ditanggung oleh suami
bil letrik, bil air, bil astro, sewa rumah, duit belanja anak-anak, duit brg dapur dsb
semua adalah tanggungan suami
suami HARAM gunakan duit isteri untuk bayar semua perbelanjaan ini
tetapi dibolehkan sekiranya mendapat kebenaran dari isteri
dan suami juga WAJIB penuhi permintaan isteri
kalau isteri mau beli tudung baru
mau beli baju baru
mau beli kasut baru
almaklumlah perempuan
suka beshopping
suka benda2 baru
jadi suami mesti beli apa yg isteri mahu
WAJIB suami beli sekiranya dia berkemampuan untuk beli
jika permintaan isteri melebihi had kemampuan suami maka suami bolehlah tidak memenuhinya.

nampak tak bagaimana Allah sudah berikan kelebihan kpd kedua-dua pihak
Allah itu Maha Adil
ISLAM tidak akan sesekali mendiskriminasikan perempuan
malahan ISLAM melindungi perempuan semasa hidup sehingga mereka mati di dalam kubur
buktinya kain kafan perempuan lebih tebal daripada lelaki
oleh yang demikian
kepada para perempuan,
jgnlah pernah terjentik di hati kecil kamu yg menganggap Allah tidak adil.
sebenarnya kamu sungguh ISTIMEWA

yg baik dtg dr Allah, yg buruk dtg dr kelemahan saya sendiri
sekiranya terdapat mana-mana kesalahan, tolong perbetulkan :D

arumdawo :3






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...