Thursday, September 29, 2011

Rintihan Hati

kadangkala diri ini merasa tidak layak untuknya
apabila dosa-dosa lama menyergah ke lubuk ingatan
dosa yang ku lakukan tanpa mengingati balasan tuhan
adakah diri yang kotor ini berhak untuk menjaga kesucian?

bukan kerana tidak sayang
bukan kerana tidak cinta
tapi kerana itulah aku menghindar
sebelum aku terlajak merosakkan
biarlah dia mencari yang lebih layak menjaga kesucian
sepertimana Allah berfirman :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik
aku bukanlah adam yang mulia
aku adalah adam yang hina
yang selalu mengikut telunjuk nafsu
kerana iman yang kerdil di jiwa

aku tak bisa membahagiakan
aku juga tak bisa menggembirakan
aku hanya tahu menyedihkan
apa gunanya aku jika ketika kesedihan menyelubungi aku menghilang

aku tak ingin meminta perpisahan
kerna aku masih sayang
namun apabila hanya ada kesedihan
pergilah engkau mencari kegembiraan

aku bukan adam yang mulia
aku hanya adam yang hina
adam yang hina
adam yang hina

jika kau masih ingin bersama
janganlah membuat aku bersalah
tapi jika ingin berpisah
selamat tinggal dan maafkanlah



hasil nukilan : adam terhina... :')

1 comment:

  1. ~apabila perancangan x menjadi seperti yang diharapkan,senyum dan ingatlah,manusia merancang dengan cita2 sedangkan Allah merancang dengan cintaNYA~

    ececeh,sjk bila pula ni kan.hee.lyn ja la ya>>

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...